Wednesday, 20 September 2017

Lawatan Sambil Belajar Anak2 Pra

Assalamualaikum..

21September2017 : 8.58am

Harini, sekolah Aisyah ada lawatan sambil belajar. Sambil2 tunggu bas, ummi pun snap gambar2 anak2 praMelati. Excited betul mereka. Ada y gugup jgk. 1stime keluar jalan tanpa parents. Apa perasaan sume parents ya? 😊



Rasa risau, seram, takut of cosz dup dap dup dap jek hati nie. Tapi trust pd cikgu dan ppm. InsyaAllah, anak2 selamat dan gembira.

Hatini rasa nak follow jek. Ikut anak ummi tapi abi xbagi. Biarkan jk dia pergi dgn cikgu dan kawan2. Bila difikir2 balik, kalau aku pergi, anak2 parents lain mesti fikir kenapa parents dorunk tak follow sekali 🙄 Kesian pulak. Takpela, Aisyah amik peluang nie utk belajar bersama cikgu dan kawan2 ya. Ummi sentiasa mendoakan keselamatan Aisyah. Moga Aisyah ingat pesanan ummi ya. Im proud of you..

Ummi tunggu kakak balik nnt. 😙😙


Friday, 18 November 2016

Tips Buat Bakal Tetamu Allah

*TIP #1 – KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI*

Arab Saudi mempunyai 2 musim yang utama iaitu musim panas dan kering dan juga sejuk dan kering. Lazimnya musim sejuk bermula di antara bulan pertengahan bulan November hingga Mac atau April, manakala musim panas bermula antara bulan April hingga Oktober.

Oleh kerana musim sejuknya kering dan musim panasnya juga kering, maka kulit kita dan bibir kita mudah untuk menjadi kering. Dan selalu juga tumit kaki kita pecah-pecah disebabkan olehnya. Apabila ini berlaku, ini boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan menyukarkan kita untuk berjalan jauh.

Oleh yang demikian, kita hendaklah membawa “Cream Pelembab Kulit” atau “Losyen Pelembab Kulit”

>> Musim Panas?

Sekiranya kita ke tanah suci pada musim panas, jangan lupa membawa bersama “Sun Glasses” atau cermin mata hitam, sebaiknya yang berjenama atau “original”. Suhu panasnya boleh mencecah sehingga 50’C dan untuk melihat ke hadapan begitu silau dan memeritkan sekali. Atau bahasa mudah, kita berjalan nak buka mata pun susah.

>> Musim Sejuk?

Sekiranya kita ke sana pada musim sejuk, kita kena selidiki berapa suhu sejuknya. Suhu sejuknya boleh mencecah bawah dari 10’C. Suhu sejuk yang melampau ini  boleh menyebabkan tulang-tulang pada jari-jari kita menjadi ngilu atau sakit-sakit. Jika suhu sedemikian, selain dari memakai baju sejuk atau jaket yang tebal, sarung tangan juga jangan ketinggalan.

*TIP #2 – PENGELUARAN WANG DAN TUKARAN WANG*

Anda boleh menukar wang di Malaysia atau di Makkah/Madinah menerusi “penukar wang” yang banyak terdapat di sana. Kadar tukaran terkini ialah RM100 bersamaan SR85. Kadar tukaran ini tertakluk kepada perubahan semasa. Biasanya tukaran wang di Madinah lebih mendapat nilaian yang tinggi berbanding Makkah dan Malaysia.

Pada musim haji, Tabung Haji ada membuka kaunter pengeluaran di Maktab-maktab Haji Jemaah Malaysia. Tetapi pada musim umrah perkhidmatan ini tidak disediakan di Makkah dan Madinah. Jika mahu mengeluarkan wang di Tabung Haji, kita terpaksa pergi ke Tabung Haji di Jeddah.

**Buka akaun simpanan Al-Rajhi

Sekiranya kita takut untuk membawa wang tunai yang banyak, bukalah akaun simpanan Al-Rajhi dan jangan lupa memohon kemudahan kad ATM. Semasa di tanah suci, had pengeluaran maksima di mesin ATM Al-Rajhi ialah SAR5000 sahaja sehari. Jika kita ingin mengeluarkan lebih dari SAR5000, kita terpaksa menunggu selepas 24jam pengeluaran pertama dibuat.

*TIP #3 – PERBEZAAN WAKTU*

Malaysia lebih awal 5 jam daripada waktu di Arab Saudi. Jika waktu Malaysia pada jam 10 pagi, maka waktu di Arab Saudi ialah jam 5 pagi.  Jika kita ingin menghubungi keluarga kita di Malaysia, sebaiknya kita hubungi mereka selepas waktu Subuh atau pada waktu siang hari. Jika waktu selepas Subuh di Makkah jam 6 pagi, waktu di Malaysia ialah jam 11 pagi.

Elakkan dari menalipon keluarga di Malaysia selepas waktu Isyak. Jika selepas waktu Isya’ di tanah suci jam 9 malam, waktu di Malaysia ialah jam 2 pagi, waktu keluarga kita sedang nyenyak tidur barangkali.

*TIP #4 – ELAKKAN MEMBAWA PAKAIAN YANG BANYAK*

Jangan bawa pakaian yang terlalu banyak, walaupun kita di tanah suci selama 2 minggu. Sebaiknya bagasi kita jangan lebih dari 15 kg.  Ini kerana kebiasaannya jemaah akan membeli-belah semasa di sana, dibimbangi semasa balik had muatan bagasi lebih dari sepatutnya yang memungkinkan dikenakan denda atau “caj lebihan bagasi”.

Bagi lelaki memadai dengan 2 pasang baju Melayu atau pakaian semasa solat. Kain ihram pula 3 helai atau sepasang setengah. Begitu juga bagi wanita, memadai dengan 2 pasang baju kurung 2 pasang telekung sahaja.

Semasa di tanah suci, jemaah pasti akan membeli pakaian atau jubah baru kerana selain dari harganya yang lebih murah berbanding di Malaysia, jubah juga merupakan pakaian harian bagi masyarakat di sana.

>> Perkhidmatan Dobi?

Terlalu mahal. Sepasang kain ihram, upah dobinya SAR10 atau RM10. Jika kita menghantar 3-4 helai pakaian ke kedai dobi, jangan terkejut jika upahnya boleh mencecah sehingga SAR30 atau lebih dari itu. Bergantung di mana perkhidmatan dobi itu dibuat. Jika di hotel 5 bintang, boleh mencecah sehingga lebih dari SAR100. Beli baju baru lebih baik.

Kebiasaanya di hotel-hotel bajet, pekerja2 hotel (biasanya Bangladesh) ada menawarkan perkhidmatan dobi kepada jemaah dengan harga yang murah sedikit berbanding di luar. Bagi yang berkemampuan, bolehlah berlanggan dengan mereka.

Tetapi, jika kita ingin berjimat, bawalah sabun buku atau serbuk pencuci dari Malaysia. Di sana pun ada, tetapi sabun atau serbuk pencucinya biasanya kurang buih atau kurang ‘power’.

Oleh kerana di tanah suci cuacanya kering, maka pakaian yang dibasuh akan cepat kering. Biasanya jika kita basuh baju selepas Subuh, apabila dijemur di dalam bilik, waktu petang sudah kering. Jika dijemur di kawasan panas matahari lebih cepatlah kering pakaian kita.

*TIP #5 – TUKAR KEPADA TELEFON MUDAH ALIH SAUDI*

Sekiranya kita mahu berhubung samada sesama jemaah di tanah suci atau ke Malaysia, sebaiknya kita mendapatkan perkhidmatan syarikat telekomunikasi di sana seperti Al-Jawal, Mobily atau Zain. Kadarnya jauh lebih rendah berbanding jika kita menggunakan perkhidmatan komunikasi dari Malaysia.

Biasanya jika kita menghantar ‘sms’ ke Malaysia, kadarnya antara SAR0.50-SAR0.60 berbanding RM1.90-RM2.00 jika kita gunakan telco Malaysia.

Jika kita ingin berhubung sesama rakan jemaah, adalah lebih baik kita gunakan servis syarikat di sana. Jika kita gunakan telco Malaysia di tanah suci kadar panggilannya akan berganda-ganda mahalnya. Bayangkan jika kita di Makkah buat panggilan kepada rakan kita di Makkah, dan masing-masing menggunakan “simkad” dari Malaysia, panggilan itu akan ke Malaysia dahulu dan kemudian ke Arab Saudi semula.

Begitu juga jika ada rakan dari Malaysia menghubungi kita di tanah suci menggunakan no. Talian mudahalih Malaysia, kita juga terpaksa membayar kos panggilan tersebut. Amat merugikan.

Walaubagaimanapun, hotel ada menyediakan perkhidmatan Wi-Fi... Jadi kami nasihatkan jika ingin menghubungi Keluarga di Malaysia, sila gunakan Media Sosial seperti WhatsApp, Facebook, WeChat dan sebagainya.

*TIPS #6 - SEDIAKAN BEKALAN UBAT SECUKUPNYA*
Jemaah dinasihatkan agar membawa bekalan ubat yang secukupnya kerana Ubat di Arab Saudi jauh lebih mahal berbanding harga Ubat-ubatan di Malaysia. *Ubat batuk, ubat selsema, paracetamol dll yang berkaitan.

Kongsikan buat panduan bersama

LIKE & SHARE
Kelengkapan Haji dan Umrah Fitrah Al Hajj

5 Perkara Jangan Buat Kepada Prospek

Jangan buat 5 perkara ini apabila berdepan dengan prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.

1) Jangan bertekak

Anda akan hilang peluang untuk buat jualan apabila anda mula bertekak dengan prospek.

Walaupun anda betul, itu bukan sebab yang baik untuk mulakan pertengkaran.

2) Jangan serang peribadi

Mungkin prospek ambil masa sikit untuk buat keputusan pembelian.

Jangan kata macam ni, “Tuan kena buat keputusan sekarang. Fast action, fast result. Kalau tuan slow je macam mana nak nampak hasil?”

Asingkan elemen peribadi daripada alasan prospek.

3) Jangan main teka

Prospek kata, “Saya nak servis yang bagus.”

Anda pun jawab, “Servis kami memang bagus. Puan boleh hubungi kami bila-bila masa.”

Sepatutnya anda kena dapatkan kepastian daripada prospek, apa yang dia maksudkan dengan servis yang bagus.

Dia mungkin maksudkan tentang tempoh jaminan, khidmat nasihat, alat ganti dan sebagainya.

Jadi jangan main teka saja.

4) Jangan hina prospek

Katakanlah prospek kata, “Mahalnya harga barang ni.”

Jangan jawab balik, “Barang berkualiti memang mahal. Cik tak pakai barang berkualiti ke?”

Tapi cuba jawab dengan cara baik, “Saya faham cik bimbang tentang harga ni. Boleh saya tahu kenapa cik kata barang ni mahal?”

5) Jangan lari daripada masalah

“Saya tak suka awak.”

Marah tak bila prospek kata macam ni?

Tapi daripada marah, baik ambil tahu kenapa prospek beremosi macam tu sekali?

“Boleh saya tahu kenapa cik tak suka saya? Mungkin saya ada buat kesilapan yang saya terlepas pandang.”

Mungkin cara anda buat follow up salah. Mungkin cara anda dapatkan jualan terlalu memaksa.

Ambil tahu dan selesaikan masalah anda dengan prospek.

Kekalkan hubungan baik untuk keuntungan berpanjangan.

Itulah dia 5 perkara anda jangan buat kepada prospek yang suka bagi alasan untuk membeli.

Kita sendiri pun pernah bagi macam-macam alasan kepada penjual apabila kita tak nak atau belum sedia untuk beli.

Pastikan anda uruskan alasan pelanggan ini dengan betul. Jangan diikutkan emosi tu sangat.

Ingat, fokus anda adalah untuk cari jualan. Bukan cari masalah.

Credit to Umar Taib

Kenapa Prospek Tak Membeli

Kenapa prospek tak membeli?

Prospek boleh kata macam-macam sebab.

Tapi betul ke sebab yang dia kata tu?

Atau itu cuma alasan je.

Jadi anda kena korek apa sebab sebenar tu.

Contoh 1:

A: Saya nak kena tanya suami dulu.

B: Boleh puan. Puan rasa suami puan akan tanya apa-apa soalan ke tentang perkara ni?

A: Rasanya ada.

B: Apa agaknya soalan yang akan dia tanya?

A: Rasanya dia akan tanya pasal harga.

B: Oh begitu. Selain daripada harga?

A: Itu je kot.

B: Puan rasa dia akan cakap apa pasal harga ni?

A: Dia akan cakap mahal.

B: Saya pun rasa macam tu. Puan pula rasa macam mana dengan harga ni?

A: Ermm sebenarnya saya pun rasa harga ni mahal.

Dari perbualan ni anda boleh tahu yang prospek sebenarnya anggap produk tu mahal.

Bukannya dia perlukan izin suami sangat.

Contoh 2:

A: Saya nak kena tanya suami dulu.

B: Boleh puan. Puan rasa suami puan akan tanya apa-apa soalan ke tentang perkara ni?

A: Rasanya ada.

B: Apa agaknya soalan yang akan dia tanya?

A: Rasanya dia akan tanya pasal harga.

B: Oh begitu. Selain daripada harga?

A: Itu je kot.

B: Puan rasa dia akan cakap apa pasal harga ni?

A: Dia akan cakap mahal.

B: Saya pun rasa macam tu. Puan pula rasa macam mana dengan harga ni?

A: Saya okay je. Ikutkan nak saya bayar sekarang pun boleh. Tapi nanti barang sampai suami saya nampak, mesti dia marah sebab tak tanya dia dulu.

Dari perbualan ni anda boleh tahu yang harga bukan isu bagi prospek.

Dia memang perlu tanya suami dulu.

Jadi bagi peluang dia tanya dan dapatkan jualan kemudian.

Credit to Umar Taib

Thursday, 17 November 2016

3 perkara anda boleh buat bila prospek senyap lepas tahu harga.

3 perkara anda boleh buat bila prospek senyap lepas tahu harga.

1) Follow Up

Dah tu takkan tidur pulak kan?

Sebab yang tertidur tu mungkin prospek kita.

Dia juga mungkin terlupa. Tak ada kredit ke.

Jadi kita kena ‘jagakan’ dia dengan follow up.

Tapi jangan pergi sergah dia pulak.

“Cik nak beli ke tak ni?”

Ini kurang sopan namanya. Follow up elok-elok.

Bagi salam dulu. Say good morning ke.

Kemudian baru la sembang pasal produk atau servis yang kita nak jual.

2) Nilai

Prospek kena nampak yang harga dia bayar berbaloi dengan nilai yang dia dapat.

Kebanyakan kita sibuk beritahu harga.

Tapi apa nilai prospek dapat dengan harga tu tak disebutnya.

Sebab apa? Sebab kita pun tak pasti apa nilainya kan?

Orang tak beli jam dari Swatch. Orang tak beli motor dari Harley Davidson.

Jam dan motor adalah pengantara untuk dapatkan nilai yang orang beli.

3) Sebab Lain

Ambil masa sembang dulu dengan prospek.

Cuba korek kenapa dia senyap lepas tahu pasal harga.

Kita mungkin ingat pasal dia tak mampu.

Tapi mungkin dia mampu. Kita je memandai kata dia tak mampu.

Mungkin ada sebab lain. Masa belum sesuai ke. Ada persoalan belum terjawab ke. Tunggu gaji dulu ke. Dia terlupa ke. Bateri kong ke.

Eh ada 1001 sebab lah dia senyap.

Yang penting kita ni jangan mudah putus asa.

Terus berhubung dengan dia cara baik.

Nanti dapatlah sales tu.

Credit to Umar Taib

Wednesday, 16 November 2016

7 Elemen Copywriting Untuk Dapatkan Jualan


1) Headline

Headline adalah tajuk utama yang perlu ada dalam sebuah iklan untuk menarik perhatian prospek.

Anda mempunyai beberapa saat saja untuk tarik perhatian prospek supaya baca iklan sepenuhnya.

Cara mudah menarik perhatian mereka adalah:

– Gunakan perkataan yang beremosi
– Tulis tajuk yang boleh membuatkan mereka rasa ingin tahu
– Elakkan daripada penggunaan nama produk pada tajuk iklan
– Masukkan kelebihan produk atau servis anda

2) Tawaran

Fikirkan apa impian dan masalah pelanggan anda.

Kemudian, jawab soalan ni :

– Apa yang mengecewakan mereka? Contoh, kulit muka berjerawat.
– Apa impian mereka ? Contoh, nak hilangkan jerawat di muka.
– Apa yang produk anda boleh bantu untuk hilangkan jerawat di muka?

Tulis tawaran anda dalam bentuk cerita.

3) Bonus

Siapa je yang tak suka benda percuma kan?

Pelanggan beli produk anda bukan kerana produk semata-mata. Ada nilai-nilai lain yang mereka mahukan.

Berikan bonus yang berkualiti, bukan yang cikai-cikai je.

Letakkan nilai pada bonus tersebut.

Contoh:

Beli cincin berlian berharga RM19,900 dan percuma percutian eksklusif ke Pulau Langkawi 3 hari 2 malam bernilai RM3,000.

4) Testimoni

Dapatkan testimoni daripada pelanggan yang telah menggunakan produk anda.

Testimoni boleh meningkatkan tahap kepercayaan bakal pelanggan terhadap anda.

5) Jaminan

Jika iklan anda mempunyai jaminan untuk produk, ia akan mengurangkan rasa takut yang ada dalam diri bakal pelanggan.

Contoh:

Domino Pizza janji penghantaran dalam masa 30 minit. Kalau lambat, mereka akan berikan satu kupon percuma untuk 1 pizza.

6) Call to Action

Apa yang anda mahu bakal pelanggan lakukan jika mereka berminat dengan produk yang anda jual?

Tulis arahan yang jelas bagi memudahkan mereka mengambil tindakan yang betul.

Contoh:

Nak dapatkan Panduan Kalis Alasan? Klik link di bawah sekarang.

7) Alasan

Anda juga perlu senaraikan jawapan untuk soalan ini:

– Kenapa mereka perlu beli produk atau menggunakan servis daripada anda?
– Kenapa mereka perlu beli produk anda sekarang? Kenapa tak boleh tunggu esok, lusa dan tulat?
– Kenapa mereka perlu dapatkan sesuatu produk itu daripada anda? Kenapa bukan daripada peniaga lain yang ada produk sama?

Credit to Umar Taib

Saturday, 12 November 2016

Siapakah Raffelinna ?

Siapakah Raffelinna ?

Pasangan suami isteri Nadia Felinna Bt Abd Fattah dan Muhammad Rafi'e Ramli memulakan perniagaan secara kecil-kecilan mempromosikan produk sulung keluaran syarikat iaitu Felinna Inch Loss Lotion menerusi laman sosial facebook selain dijual terus kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka yang bertapak di Baling, Kedah.

Atas permintaan yang tinggi terhadap produk tersebut, pasangan ini telah mendaftar syarikat di atas nama RAFFELINNA SDN.BHD sebagai syarikat induk dan tertubuhnya RAFFELINNA MARKETING SDN.BHD sebagai anak syarikat yang beroperasi untuk memasarkan produk Felinna Beauty.
.
KINI, syarikat Raffelinna Sdn. Bhd mempunyai empat jenama terunggul yang sedang melonjak naik di laman sosial serata Malaysia iaitu Felinna Beauty,Felinna Boutique, Raffel Wholesale, dan Caliph Sunnah Supplement
.
Felinna Beauty semakin berkembang selepas permintaan tinggi terhadap produk Felinna Inch Loss Body Lotion, Felinna Beauty makin menempa nama selepas beberapa produk kecantikan dan kesihatan yang lain dikeluarkan iaitu Felinna Beauty Body Lotion, Felinna Beauty Pure Marine Collagen Vitamin C (PMCVC) Body Mist Sumayyah dan Humayra, Felinna Beauty Pure Teaberry Juice, Felinna Beauty Body Lotion Plus, Felinna Beauty White Coffee Vitamin C, dan Felinna Beauty Hygienic Foam Wash
.
Felinna Boutique merupakan sebuah butik muslimah yang berkonsepkan kesederhanaan, gaya dan keselesaan yang dikehendaki oleh wanita muslim yang berperanan penting dalam masyarakat hari ini.
.
Raffel Wholesale pula dibuka kemudian bagi tujuan untuk membantu memenuhi impian orang ramai khasnya orang melayu yang berkeinginan mendalami dunia perniagaan dengan membekalkan jubah borong seminima 12 helai beserta modal serendah RM660
.
Caliph Kids Expert merupakan jenama keluaran terbaru dari Raffelinna sdn.bhd yang mengfokuskan kepada produk ini dan akan membantu golongan ibu bapa dalam mendidik serta meningkatkan keupayaan minda anak-anak mereka.